More
    HomeIbadahHukum Akikah Anak Zina

    Hukum Akikah Anak Zina

    Ikuti kami untuk info terkini

    Di awal pagi lagi saya mendapat satu mesej menanyakan hukum akikah anak zina. Katanya ada ustaz yang mengatakan anak zina tidak boleh dibuat akikah kerana ianya dilahirkan bukan mengikut landasan agama kita.

    Untuk makluman semua, anak Zina adalah anak yang dilahirkan tanpa akad perkahwinan. Anak ini tidak mempunyai hubungan nasab/keturunan, wali, nikah, waris dan nafaqah dengan lelaki yang mengakibatkan kelahirannya. Anak hasil zina hanya memiliki hubungan nasab, waris dan nafaqah dengan ibu dan keluarga ibunya.

    Maka dari sudut hukum, tidak ada perbezaan di antara anak yang dilahirkan dalam keadaan zina atau tidak. Rasulullah SAW juga menyatakan setiap anak yang lahir adalah suci dan ini adalah merangkumi kelahiran anak akibat atau di dalam pernikahan yang sah atau pun tidak. Anak yang lahir di luar pernikahan tidak menanggung dosa yang dibuat oleh pasangan zina tersebut.

    Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

    ما من مولود إلا يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

    Maksudnya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

    (Riwayat Bukhari)

    Di dalam alQuran juga Allah befirman:

    وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

    Maksudnya: Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

    Kesimpulannya akikah sah dilakukan walaupun pada anak zina. Maka menjadi tanggungjawab ibu atau penjaganya sunat melakukan akikah tersebut selagi mana ia belum baligh. Dosa yang dibuat oleh kedua pasangan zina tersebut tidak ada kena mengena dengan bayi yang telah dilahirkan itu. Apa pun sama-samalah kita menjauhi zina kerana ianya merupakan dosa besar di dalam agama kita.

    Penzina harus taubat nasuha dan diharap ianya tidak mengulangi lagi di masa hadapan.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING