More
    Al-Faatiha
    the download will begin in 10 seconds (limit : 500ko/s)
    All zip Quran

    1
    2

      1. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
      1|1|Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
      2. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
      1|2|Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
      3. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
      1|3|Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
      4. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
      1|4|Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
      5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
      1|5|Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
      6. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
      1|6|Tunjukilah kami jalan yang lurus.
      7. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
      1|7|Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.