More
    HomePelbagaiZaman Menjadi Lebih Teruk

    Zaman Menjadi Lebih Teruk

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah makin akhir, maka zaman tersebut lebih teruk daripada zaman sebelumnya?

    Jawapan :

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

    Kami setuju dengan kenyataan tersebut dan banyak dalil menunjukkan ke arah itu. Sebagai contoh, sabda Nabi SAW:

    خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

    Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.”

    Riwayat al-Bukhari (3651); Muslim (2533)

    Ini menunjukkan zaman yang terbaik adalah zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabatnya, kemudian zaman tabiin, dan seterusnya zaman tabi’ tabiin. Ia dikenali sebagai al-qurun al-mufaddhalah.

    Menjawab persoalan di atas, Rasulullah SAW menyebut hadith, kata Ibn Mas’ud

    سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مِنْ شِرَارِ النَّاسِ مَنْ تُدْرِكْهُمُ السَّاعَةُ وَهُمْ أَحْيَاءٌ».

    Maksudnya: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Seburuk-buruk manusia adalah orang yang sempat menemui Hari Kiamat semasa mereka masih lagi hidup.”

    Riwayat al-Bukhari (7067)

    Dan pernah berlaku di zaman Anas bin Malik R.A, di mana al-Zubair bin ‘Adi berkata:

     أَتَيْنَا أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، فَشَكَوْنَا إِلَيْهِ مَا نَلْقَى مِنَ الحَجَّاجِ، فَقَالَ: «اصْبِرُوا، فَإِنَّهُ لاَ يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ إِلَّا الَّذِي بَعْدَهُ شَرٌّ مِنْهُ، حَتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ». سَمِعْتُهُ مِنْ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

    Maksudnya: Kami datang kepada Anas bin Malik, lalu mengadu kepadanya tentang apa yang kami hadapi daripada al-Hajjaj. Kemudian, beliau berkata: “Bersabarlah, kerana sesungguhnya tidak datang kepada kalian suatu zaman melainkan yang selepasnya lebih buruk darinya, sehinggalah kalian bertemu dengan Tuhan kalian. Aku mendengarnya daripada Nabi kalian SAW.”

    Riwayat al-Bukhari (7068)

    Kami akhiri dengan doa :

    اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهَا، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ

    Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalan kami sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hari kami, adalah hari dimana kami berjumpa dengan-Mu kelak.”

    Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING