More
    HomeSyariatKisah Wali Nikah - Kenali Wali Anda

    Kisah Wali Nikah – Kenali Wali Anda

    Ikuti kami untuk info terkini

    Ramai yang bercita-cita hendak menjadi wali, dan sebenarnya kita boleh menjadi wali nikah dalam sesuatu perkahwinan. Tapi ingat, silap langkah, sesuatu perkahwinan boleh terbatal (mufaraqah) andai kita tersalah memberi wali.

    Pada minggu lepas, saya telah mengendalikan satu kursus pra perkahwinan online. Kebiasaannya dalam kursus tersebut, saya selalu tekankan permasalahan wali nikah. Alhamdulillah dalam 2, 3 hari lepas, ada seorang ibu menelefon pihak pejabat menanyakan hal wali nikah. Katanya anak lelakinya yang selesai menghadiri kursus pra perkahwinan baru baru ini, mempertikaikan pernikahan kakaknya. Menurutnya lagi, semasa pernikahan anak perempuannya dulu, yang menjadi wali adalah anak lelakinya, sedangkan semasa pernikahan tersebut, datuk (ayah kepada suaminya) masih hidup.

    Permasalahan wali bukan boleh dibuat main-main. Wali merupakan salah satu rukun nikah dan keberadaannya dalam sesuatu majlis akad nikah adalah wajib.

    Perkahwinan seorang perempuan sama ada dewasa atau masih kecil, janda ataupun dara, hendaklah diakadkan oleh walinya.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    لَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ، وَلَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا

    Maksudnya: “Seorang perempuan tidak harus mengahwinkan perempuan lain dan tidak harus mengahwinkan dirirnya sendiri.”

    (Riwayat al-Daraqutni (3/227) Ibnu Majah (1882) dan rijalnya thiqah)

    Wali tidak boleh ditukar dengan sesuka hati. Ia harus mengikut tertib untuk membuatkan ianya sah menjadi wali. Apabila wali nasab tiada, maka hak perwalian barulah boleh berpindah kepada qadhi, kerana dia dilantik untuk melaksanakan kepentingan orang Islam.

    Susunan atau tertib wali perempuan yang sah mengikut Hukum Syarak adalah seperti berikut:

    1. Bapa Kandung
    2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
    3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
    4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
    5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
    6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
    7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
    8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
    9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
    10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
    11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
    12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
    13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
    14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
    15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
    16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
    17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
    18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
    19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
    20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
    21. Wali Hakim

    (al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/61)

    susunan wali

    Kesimpulannya para Imam harus berhati-hati dan ambil cakna siapakah yang akan menjadi wali pengantin perempuan anak mukimnya. Jangan mudah menandatangani sebelum memastikan wali yang betul. Bagi pihak pengantin pula, seeloknya bertanyalah kepada yang lebih mengetahui. Isu wali tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan rukun nikah. Wassalam

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    1 COMMENT

    1. Bagaimana kalau bapa kandung tak ada ic (sebab masalah ic 2 nama) nak jadi wali pada pernikahan anak perempuannya sedangkan borang nikah tak dapat diisi online…boleh ke abang kandung seibu sebapa menjadi wali dalam masalah ini…

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING