More
    HomeIbadahSolat Tidak Menghadap Kiblat

    Solat Tidak Menghadap Kiblat

    Ikuti kami untuk info terkini

    Isu : Wujudkah keadaan yang membolehkan kita solat tanpa menghadap ke arah kiblat?

    Jawapan :

    Timur dan barat, atau mana-mana arah merupakan milik Allah Taala. Cuma dalam solat, ada disiplinnya. Allah Taala berfirman,

    وَلِلَّهِ ٱلۡمَشۡرِقُ وَٱلۡمَغۡرِبُۚ فَأَيۡنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجۡهُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

    “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), sentiasa Mengetahui.”

    (Al-Baqarah:115)

    Ulama meletakkan beberapa syarat sah solat antaranya menghadap kiblat. Pun begitu, syarat ini masih boleh dilonggarkan apabila wujud sebab-sebab menghalang kita menghadap kiblat dengan betul.

    Saya akan kongsikan ulasan seorang ulama tanah jawi yang terkenal lama dahulu, Sheikh Nawawi Jawi al-Bentani rahmatullah ‘alaih. Beliau lah yang mengarang kitab tafsir Marah Labid yang masyhur kalangan ilmuwan tanah jawi.

    Menurut beliau, terdapat 2 keadaan seseorang diharuskan tidak menghadap kiblat iaitu:-

    1. Ketika mengalami situasi sangat menakutkan atau shiddah al-khauf (شِدَّةُ الخَوْفِ). Seperti dalam perang, dikepung musuh atau mengalami ancaman yang membahayakan.
    2. Ketika mengerjakan solat sunat dalam permusafiran. Kita diharuskan untuk solat tanpa menghadap kiblat dalam kenderaan seperti kapal terbang, kapal, feri dan kereta.

    Sheikh Nawawi menjelaskan, rukuk dan sujud hendaklah dilakukan dengan menggunakan isyarat menundukkan kepala. Kita hendaklah menundukkan kepala lebih rendah semasa sujud berbanding rukuk.

    Kesimpulannya :

    Dalam membahaskan fiqh bencana dalam karya saya Fiqh Bencana Alam: 55 Aplikasi Fiqh Kontemporari, saya merumuskan, “Mangsa banjir yang berada dalam situasi takut atau ingin mengerjakan solat sunat di atas kenderaan, harus baginya solat tidak menghadap ke arah kiblat.”

    Dan sesiapa berminat untuk menyertai Bedah Buku tersebut sampai lumat, boleh mendaftar di sini.

    Prof Dr Basri Ibrahim Al-Azhari

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING