More

    Prof. Dr. Basri bin Ibrahim Al-Azhari

    Nama penuh beliau ialah Basri Bin Ibrahim atau Prof. Dr. Basri bin Ibrahim al-Azhari. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam KUIPs – Jabatan Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

    Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Syariah (Fiqah Semasa) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pakar dalam fiqah semasa yang merangkumi fiqah ibadah, muamalat, kekeluargaan, jenayah, kenegaraan dan perubatan.

    Selain itu, beliau turut dilantik sebagai AJK Wakaf UniSZA, pernah menjadi AJK Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), menganggotai AJK Fatwa Negeri Perlis, AJK Pengawasan Pengajaran Agama Negeri Perlis, pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis, Ahli Panel Akidah JAKIM dan terbaharu AJK Perundangan dan syariah Myangkasa.

    Beliau aktif dalam menghasilkan pelbagai karya dan sehingga kini lebih daripada 150 buah karya telah diterbitkan. Antara karya atau terjemahan beliau ialah :

    • Menilai Tarikat al-Tijaniyah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah (terjemahan)
    • Fiqh Tasawuf Ibn Taimiyyah (terjemahan)
    • Menjawab Tuduhan Paderi Kristian (bersama Dr Rohaizan bin Baru)
    • Isu-Isu Halal dan Haram Semasa (2 jilid)
    • Dan banyak lagi

    Untuk menghubungi beliau, bolehlah hantarkan email kepada beliau : [email protected]

    15FansLike
    0FollowersFollow
    0SubscribersSubscribe
    Kota Bharu
    light rain
    26 ° C
    26 °
    26 °
    89 %
    2.1kmh
    20 %
    Kha
    25 °
    Jum
    32 °
    Sab
    30 °
    Aha
    31 °
    Isn
    32 °
    demo tanya ustaz jawab

    Artikel Popular

    Kategori

    Jadual Aktiviti/Kuliah

    Events