More
    HomePelbagaiPembahagian Harta Pusaka Daripada Hasil Jualan Lembu

    Pembahagian Harta Pusaka Daripada Hasil Jualan Lembu

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Assalamualaikum ustaz. Saya nak bertanya pandangan ustaz. Saya minta maaf jika cerita saya panjang. Arwah nenek saya tinggalkan 2 ekor lembu. Namun semua anak-anak (11 orang) arwah nenek menolak untuk jaga lembu. Jadi ayah saya jaga 2 ekor lembu seorang dia. Ayah yang beli dedak makanan lembu guna duit sendiri. Tidak ambil duit adik-beradik 1 sen pun. Arwah ayah hari-hari pergi rumah nenek bagi lembu minum & makan. Jaga smpai 15 TAHUN. Sampai beranak jadi 11 ekor semuanya. Namun 2 tahun lepas, ayah kena strok, jadi kena jual semua 11 ekor lembu.
    Dapat RM13,000. Boleh saya nak tahu, macam mana cara nak bahagikan duit tu dengan adik beradik lain?

    Jawapan :

    Wa alaikum salam wbt. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah ﷻ. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi bertanya.

    Pengagihan harta pusaka salah satu kewajipan terhadap adik beradik yang seramai 11 orang arwah ayah. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang telah diberikan, kami simpulkan bahawa pembahagian harta itu perlulah jelas.

    Walaupun lembu itu sudah beranak pinak, dan yang menjaganya adalah arwah ayah, tetapi lembu itu masih lagi merupakan hak milik asal pewaris. Maka pembahagian lembu itu sepatutnya boleh dibahagikan separuh-separuh atau dikembalikan 2 ekor lembu asal mengikut persetujuan pewaris.

    Akhir kata, kami mendoakan agar segala urusan pihak puan dipermudahkan oleh Allah SWT, baik urusan di dunia mahupun di Akhirat. Semoga ianya mendapat keredaan bagi kedua pihak bagi menyelesaikan masaalah tersebut.

    Wallahu a’lam

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING