More
    HomeIbadahApakah Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

    Apakah Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Apakah hukum berbekam ketika sedang berpuasa?

    JAWAPAN

    Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur dalam kalangan ramai sahabat dan tabiin bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan Sa’d bin Abi Waqas RA melakukan bekam. Begitu juga al-Zubair bin al-Awwam RA, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecuali Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala Ata’ berpendapat, wajib kifarah.

    Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika tidak membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Lihat Su’alat al-So’imin, (hal. 65-66). Saya lebih cenderung kepada pendapat supaya tidak berbekam ketika berpuasa untuk keluar dari sebarang khilaf.

    Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING