More
    HomeSyariatTuntutan Mut'ah Selepas Perceraian

    Tuntutan Mut’ah Selepas Perceraian

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Saya agak kurang memahami tentang tuntutan mut’ah selepas perceraian. Boleh ustaz jelaskan tentang hal ini?

    Jawapan :

    Memang kadang-kala terdapat kekeliruan mengenai perkataan mut’ah itu sendiri. Hal ini kerana istilah mut’ah biasanya digunakan bagi perkahwinan secara kontrak yang diamalkan oleh golongan syiah. Nikah mut’ah adalah jelas haram di sisi ajaran Islam kerana sesuatu perkahwinan tidak boleh dihadkan kepada waktu tertentu, akibatnya ia akan meyebabkan berlakunya kezaliman kepada pasangan yang berkahwin.

    Manakala tuntutan mut’ah sebagaimana persoalan yang telah dikemukakan ini adalah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi selepas berlakunya perceraian. Firman Allah SWT

    وَلِلْمُطَلَّقَـٰتِ مَتَـٰعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ

    Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut’ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

    (Al-Baqarah : 241)

    Jelas di sini, Islam membela hak-hak wanita semasa berkahwin dan selepas perceraian. Justeru, tuduhan bahawa Islam menindas kaum wanita adalah tidak benar. Oleh yang demikian seseorang wanita yang diceraikan suaminya mempunyai hak untuk membuat tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah.

    Mut’ah adalah sesuatu pemberian yang bermanfaat sama ada berbentuk pakaian, barangan atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Kadar mut’ah tidak ditentukan, ia bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri. Namun, sekiranya wujud pertelingkahan dalam menentukan kadar, maka Mahkamah Syariah akan menggunakan budi bicaranya untuk menetapkan kadar tersebut yang bersesuaian dengan kemampuan suami.

    Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING