More
    HomeIbadahKedudukan Saf Imam Dan Makmum

    Kedudukan Saf Imam Dan Makmum

    Isu : Bolehkah makmum duduk berjauhan dengan imam?

    Jawapan :

    Pastilah sebaik-baiknya makmum berada dalam saf yang bersambung dengan imam. Insha Allah saya akan jelaskan sehalus mungkin.

    Imam dan makmum sama-sama berada di dalam masjid. Ikutan terhadap imam adalah sah tanpa mengira saf mereka bersambung atau putus. Ikutan terhadap imam itu juga dianggap sah meskipun ada sesuatu penghalang antara makmum dengan imam. Sebagai contoh, jika imam berada di atas menara, manakala makmum berada di bawah, solat jamaah itu masih dianggap sah. Alasannya, mereka masih berada dalam satu tempat atau bangunan yang sama.

    Imam berada di dalam masjid, manakala makmum berada di luar masjid. Solat jamaah atau ikutan terhadap imam itu masih dianggap sah. Syaratnya, jarak antara makmum di luar masjid dengan bahagian akhir masjid itu dalam lingkungan 300 hasta atau 150 meter. Disyaratkan juga untuk makmum tersebut mengetahui pergerakan imam.

    Bermakna, solat makmum di luar pintu pagar masjid semasa musim PKP dianggap sah. Semestinya kita mesti memahami bahawa keadaan ini hanya dibenarkan dalam keadaan terdesak, bukannya digalakkan. Daripada sudut hukum seperti saya jelaskan, sah.

    Saya ada menghuraikan isu ini lebih panjang dalam buku Fiqh Imam dan Makmum terbitan PTS dan boleh juga berdaftar di program Fiqh Solat di Saat Bencana anjuran Faqih Synergiz.

    Prof Dr Basri Ibrahim,

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING