More
    HomePelbagaiHukum Simpan Gambar Foto

    Hukum Simpan Gambar Foto

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Betul ke menyimpan gambar foto dalam rumah menyebabkan malaikat tidak masuk ke dalam rumah?

    Jawapan :

    Kebanyakan ulama mengharuskan mengambil dan menyimpan gambar foto kerana ia tidak termasuk dalam larangan yang disebutkan dalam hadis nabi SAW. Pengharaman yang disebut dalam hadis nabi adalah merujuk kepada patung atau ukiran gambar yang mempunyai jisim dan bayang. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

    “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada patung.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Para ulama menyatakan bahawa malaikat tidak mahu masuk rumah yang menyimpan patung kerana pemiliknya itu menyerupai orang kafir. Ini kerana, biasanya orang kafir meletakkan patung dalam rumah untuk diagungkan.

    Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharamkan patung itu apabila ia berada dalam keadaan sempurna, tetapi kalau salah satu anggotanya itu terpotong yang tanpa anggota tersebut tidak mungkin dapat hidup, maka menyimpan patung seperti itu adalah harus. Ini berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa Jibril AS tidak mahu masuk ke dalam rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung, sehinggalah ia berkata kepada Nabi Muhammad :

    “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah dia sehingga menjadi seperti keadaan pohon.”

    (Riwayat Abu Daud, Nasa’i, Tirmizi dan Ibnu Hibban)

    Apabila menyimpan patung pun tidak dibenarkan, apatah lagi mengukirnya. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

    “Sesungguhnya mereka yang membuat patung akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaan): “Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu.”

    Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

    Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman 

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING