More
    HomeHadisSatu Peringatan Kepada Semua Muslimin Yang Ingin Melakukan Korban

    Satu Peringatan Kepada Semua Muslimin Yang Ingin Melakukan Korban

    Ikuti kami untuk info terkini

    Satu peringatan bagi semua Muslimin yang baik hati nak melakukan korban, tempoh akhir untuk memotong kuku dan rambut bagi sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban adalah sebelum tenggelamnya matahari pada 29 Zulkaedah.

    عن أم سلمة -رضي الله عنها- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- : (إذا دخل شهر ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضحي فلا يأخذ من شعرة ولا من أظفاره شيئا). وفي الرواية الأخرى: (ولا من بشرته شيئا)

    Ertinya : Daripada Ummu Salamah RA daripada Nabi SAW : “Apabila masuk bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban maka janganlah dia menyentuh (memotong) sedikit pun bahagian dari rambutnya dan kukunya”

    Perbahasan ulama’ mengenai larangan memotong rambut dan kuku adalah sebagai berikut :

    Imam Syafi’i : jika memasuki sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, maka barangsiapa yang bermaksud untuk melakukan korban, disunnahkan baginya untuk tidak mencukur rambut dan memotong kukunya hingga dia selesai melakukan korban. Menurut Imam Syafi’i dan ulama syafie, memotong kuku dan mencukur rambut hukumnya makruh tanzih, bukan haram.

    Imam Abu Hanifah berkata; hukum mencukur rambut dan memotong kuku adalah mubah/harus,  tidak dimakruhkan dan tidak pula diharamkan.

    Pendapat Imam Malik ada tiga riwayat;

    1. satu riwayat, hukumnya tidak makruh,
    2. riwayat kedua, hukumnya makruh,
    3. dan dalam riwayat ketiga, hukumnya haram jika korbannya korban sunnah (Imam Syaukani, Nailul Authar, Bab Maa Yajtanibuhu fi Al-‘Asyari Man Araada al-Tadh-hiyyah).

    Adapun pendapat Imam Ahmad adalah haram jika kita melakukan perbuatan tersebut.

    Imam Syaukani juga ada menjelaskan perbezaan pendapat masalah tersebut dalam kitabnya Nailul Authar. Imam Syaukani meriwayatkan bahwa menurut Said bin Musayyab, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq, Daud, sebahagian ulama Hanafiyah dan sebahagian ulama Syafi’iyah, larangan mencukur rambut dan memotong kuku dalam hadis tersebut adalah haram(tahrim). (Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1008; Abdul Muta’al Al-Jabari, Cara Berkurban).

    Kepada siapa larangan tersebut?

    Adapun larangan di atas hanya berlaku bagi orang yg berkorban, tidak untuk keluarganya, juga tidak bagi orang yang diwakili untuk menyembelihnya, juga tidak berlaku bagi isteri dan anak-anaknya, juga tidak bagi wakilnya.

    Larangan di atas juga berlaku bagi semua lelaki dan perempuan. Jika seorang wanita ingin berkorban atas nama dirinya, sama ada ia sudah berkahwin atau tidak, maka ia tidak boleh mencukur semua rambut/bulu tubuhnya, memotong kuku, berdasarkan keumuman larangan di atas.

    Larangan memotong rambut ini juga termasuk mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

    Menurut Imam al-Nawawi RA: “Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, bahagian anggota badan yang lain”. (Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139.)

    Hikmah larangan di atas

    قال الشوكاني : والحكمة في النهي أن يبقى كامل الأجزاء للعتق من النار ، وقيل : للتشبه بالمحرم , حكى هذين الوجهين النووي وحكي عن أصحاب الشافعي أن الوجه الثاني غلط ; لأنه لا يعتزل النساء ولا يترك الطيب واللباس وغير ذلك مما يتركه المحرم . نيل الأوطار ” ( 5 / 133 ) .

    Asy Syaukani berkata: “Hikmah larangan tersebut adalah agar balasan terhindar dari api neraka. Sebahagian beralasan: kerana orang yang berkorban dinisbahkan pada org yang sedang berihram. Kedua-dua hikmah itu sebenarnya diambil dari pendapat an Nawawi. Namun sebahagian ulama mazhab Syafi’i mengatakan bahawa hikmah yang kedua tadi adalah kurang tepat; kerana mereka tidak dilarang berjima’, memakai wangian dan berpakaian (biasa), dan lainnya yang harus ditinggalkan oleh seorang yang muhrim/org yang berihram”. (Nail Authar: 5/133)

    Wallahu a’lam.
    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING