Menyebut nama orang yang melakukan korban bukanlah syarat utama ketika hendak menyembelih binatang tersebut. Namun andai orang yang diwakilkan itu mahu menyebut adalah baik. Ini disebabkan kerana Nabi SAW pernah menyebut keluarga dan umatnya ketika beliau menyembelih haiwan korban untuk mereka.
Dalam hal ini , Prof. Wahbah Al-Zuhaili di dalam kitabnya Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu ada menyatakan;
وليس على الوكيل ان يقول عند الذبح “عمن” لان النية تجزئ وان ذكر من يضحي عنه فحسن لان النبي صلى الله عليه وسلم حينما ضحى قال : اللهم تقبل من محمد وال محمد وامة محمد ثم ضحى وقال الحسن : بسم الله الله اكبر هذا منك ولك تقبل من فلان
Maksudnya : Dan tidak wajib bagi wakil ketika menyembelih mengucapkan ‘dari seseorang’, kerana niat asalnya telah mencukupi. Namun jika wakil tersebut mahu menyebut nama orang yang berkorban, adalah sangat baik. Ini disebabkan kerana Nabi SAW berkata ketika baginda melakukan korban; Ya Allah, terimalah dari Muhammad, dari keluarga Muhammad dan umat Muhammad, kemudian beliau menyembelih. Hasan berkata; Dengan menyebut nama Allah, Allah Maha Besar, ini dariMu dan untukMu, maka terimalah dari fulan.
Alauddin Al-Kasany dalam kitabnya Badaie Assonaie berkata;
وَيَكْفِيهِ أَنْ يَنْوِيَ بِقَلْبِهِ وَلَا يُشْتَرَطُ أَنْ يَقُولَ بِلِسَانِهِ مَا نَوَى بِقَلْبِهِ كَمَا فِي الصَّلَاةِ ؛ لِأَنَّ النِّيَّةَ عَمَلُ الْقَلْبِ ، وَالذِّكْرُ بِاللِّسَانِ دَلِيلٌ عَلَيْهَا (في موضوع الأضحية). بدائع الصنائع
Maksudnya : Cukuplah baginya berniat dengan hatinya dan tidak disyaratkan melafazkan dengan lisan apa yang diniatkan oleh hatinya sebagaimana dalam solat. Niat adalah amal hati, dan penyebutan dengan lisan menjadi penunjuk niat tersebut.
Begitu juga Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni juga berkata;
وَلَيْسَ عَلَيْهِ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ الذَّبْحِ عَمَّنْ لِأَنَّ النِّيَّةَ تُجْزِئُ لَا أَعْلَمُ خِلَافًا فِي أَنَّ النِّيَّةَ تُجْزِئُ ، وَإِنْ ذَكَرَ مَنْ يُضَحِّي عَنْهُ فَحَسَنٌ ؛ لِمَا رَوَيْنَا مِنْ الْحَدِيثِ
المغني (21/ 497)Maksudnya : Tidak menjadi keharusan bagi orang yang wakalah berkorban pada ketika hendak menyembelih mengucapkan; Ini korban dari si pulan bin si pulan kerana niat saja sudah sah/mencukupi. Saya tidak mengetahui adanya perselisihan/khilaf dalam masaalah ini.(bahawa niat saja sudah sah). Jika orang yang wakalah berkorban menyebut (dalam niatnya) korbannya untuk siapa, maka hal tersebut adalah lebih baik berdasarkan hadis yang telah kami riwayatkan (rujuk al-Mughni)
Kesimpulan boleh kita katakan bahawa kalau kita tengok perbahasan feqh berkenaan hal ini, wakil tidak wajib menyebut nama orang yang berkorban ketika hendak menyembelih kerana niat dari orang yang berkorban sudah mencukupi, sehingga tidak perlu diulang niat lagi dari wakil. Namun jika kita hendak menyebutnya juga, bolehlah kita mengucapkan dengan berkata:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الْحَمْد
يَا كَرِيْمُ …… (sebut nama) اَللَّهُمَّ هَذِهِ مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنْ فُلَان