More
    HomePelbagaiBenarkah Mayat Terseksa Akibat Tangisan Keluarga?

    Benarkah Mayat Terseksa Akibat Tangisan Keluarga?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Benarkan mayat tersiksa akibat tangisan keluarga, dan adakah batal whuduk jenazah apabila dicium pasangannya yang masih hidup?

    Dalam beberapa hadis Rasulullah Saw menyatakan seorang mayat akan disiksa akibat tangisan keluarganya kepadanya. Di antara hadis tersebut ialah:

    عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِنَّ الْمَيِّتَ لَيُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ.

    “Dari Ibnu Umar Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang mayat diadzab disebabkan tangisan keluarganya kepadanya”

    (Riwayat Abu Dawud 3131)

    Hadis di atas menunjukkan sesuatu jenazah akan disiksa disebabkan ahli keluarga atau orang lain sedangkan di dalam firman Nya yang lain Allah telah berfirman:

    كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

    “Setiap orang bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya”

    (Al Mudatsir: 38)

    Firman-Nya yang lain :

    وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

    “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”

    Begitu juga firman-Nya:

    وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

    “Dan tidaklah manusia memperoleh selain apa yang telah ia usahakan”

    (An-najm: 39)

    Dalam mengsyarahkan hadis di atas Imam anNawawi mengatakan :

    1. Mayat itu akan diazab dengan maksud jika si mati mewasiatkan kepada ahli keluarganya dan pada yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya.
    2. Membawa kepada maksud kalau pihak keluarga menangis sampai tahap ratapan.
    3. Sengaja ‘Ahli Keluarga’ memperdengarkan tangisan untuk menjadikan hati mereka mengasihani berlebihan.

    Adakah batal whuduk jenazah apabila dicium suami atau isterinya?

    Hukum mencium jenazah isteri atau suami adalah harus disisi Agama kita. Persoalannya adakah batal whuduk jenazah yang dicium?

    Di dalam mazhab Syafie, wuduk jenazah tidak batal kerana orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat).

    Hukum batal whuduk hanyalah berlaku pada orang yang masih hidup bedasarkan hukum asal bersentuhan kulit di antara suami dan isteri ke atasnya. Sebaliknya hanya wuduk orang yang hidup sahaja dikira batal apabila bersentuhan kerana hukum agama masih dipertanggungjawab ke atasnya. Begitu juga tidak wajib diulangi wudhuk si jenazah tersebut, jika terkeluar najis daripada kemaluan mayat dan ia memadai dengan membasuhnya sahaja.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING