More
    HomeIbadahAdakah Syarat Puasa Enam Kena Berturut-Turut?

    Adakah Syarat Puasa Enam Kena Berturut-Turut?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan: Adakah syarat puasa enam kena berturut turut?

    Jumhur Ulama bersetuju bahawa puasa sunat enam adalah menjadi satu sunnah kecuali pendapat dari Imam Malik kerana beliau memakruhkan puasa sunat 6 di bulan syawal.

    Ceritanya ada seorang sahabat, dia masih tak puasa sunat enam, sebab alasannya susah nak set masa untuk buat secara berturutan.

    Sebenarnya puasa sunat 6 tidak disyaratkan untuk buat secara berturutan, cuma kalau boleh buat begitu adalah lebih baik. Dalam hal ini Imam anNawawi berkata:

    قال النووي رحمه الله :
    قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ . وَكَانَ فَاعِلا لأَصْلِ هَذِهِ السُّنَّةِ ، لِعُمُومِ الْحَدِيثِ وَإِطْلاقِهِ . وَهَذَا لا خِلافَ فِيهِ عِنْدَنَا وَبِهِ قَالَ أَحْمَدُ وَدَاوُد . المجموع شرح المهذب .

    Maksudnya: Ulamak Syafieyah mengatakan hukum mengerjakan puasa enam hari di bulan Syawal adalah sunat. Berdasarkan hadis

    (مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)

    Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

    (Riwayat Muslim)

    Kita dianjurkan melakukannya secara berturutan di awal bulan Syawal. Namun ianya boleh kita lakukan walaupun tidak secara berturutan di akhir bukan Syawal. Ia tetap dikira sebagai mengikut sunnah Nabi. Berdasarkan hadis Nabi yang umum dan mutlak tersebut tidak ada perbezaan pendapat dalam masalah ini, dan itulah pendapat yang dipilih oleh Imam Ahmad dan Dawud Az-Zhahiri.

    Kesimpulannya, nak buat berturutan pun boleh kalau tak buat berturutan pun tak mengapa, asalkan nak buat sahaja. Kalau tak buat terus pun tak apa, sebab hukumnya adalah sunat sahaja. Cuma kalau nak cari keredhaan Allah sama-samalah kita amalkan puasa sunat enam ini.

    Akhukum fillah

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING