More
    HomeIbadahTempat Untuk Membayar Zakat Fitrah

    Tempat Untuk Membayar Zakat Fitrah

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Zakat fitrah ni hok afdhalnya.. di mana? Adakah di negeri tempat kita berkerja? Adakah negeri tempat kita solat hari raya Aidilfitri? Adakah di negeri tanah tumpah darahku?

    Jawapan :

    Zakat fitrah ialah zakat diri. Oleh itu ia wajib dibayar ditempat seseorang itu berada terutamanya ketika waktu wajib iaitu ketika terbenam matahari hari terakhir Ramadan sehingga pagi Hari Raya sebelum solat sunat Aidilfitri.

    Seseorang yang belum membuat pembayaran zakat fitrah boleh membayar di mana sahaja dia berada pada waktu wajib itu tidak kira di tempat dia mencari rezeki atau di kampung, dan pembayaran zakat itu adalah sah dan tidak berdosa.

    Diriwayatkan daripada Abu Juhaifah RA bahawa dia berkata:

    قَدِمَ عَلَيْنَا مُصَدِّقُ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فَأَخَذَ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَجَعَلَهَا فِي فُقَرَائِنَا

    Maksudnya : Telah datang wakil Rasulullah SAW untuk mengutip zakat dalam kalangan kami, maka dia mengambil zakat daripada kalangan kami yang kaya dan membahagikan zakat itu kepada orang miskin dalam kalangan kami.

    (Riwayat al-Tirmizi)

    Dalam hal ini Imam anNawawi di dalam kitab al-Majmu’ mengatakan:

    وَإِنْ وَجَبَتْ عَلَيْهِ زَكَاةُ الْفِطْرِ وَهُوَ فِي بَلَدٍ وَمَالُهُ فِيهِ وَجَبَ إخْرَاجُهَا إلَى الْأَصْنَافِ فِي الْبَلَدِ ; لِأَنَّ مَصْرِفَهَا مَصْرِفُ سَائِرِ الزَّكَوَاتِ ، وَإِنْ كَانَ مَالُهُ فِي بَلَدٍ وَهُوَ فِي بَلَدٍ آخَرَ فَفِيهِ وَجْهَانِ :
    ( أَحَدُهُمَا ) أَنَّ الِاعْتِبَارَ بِالْبَلَدِ الَّذِي فِيهِ الْمَالُ .
    ( وَالثَّانِي ) أَنَّ الِاعْتِبَارَ بِالْبَلَدِ الَّذِي هُوَ فِيهِ ; لِأَنَّ الزَّكَاةَ تَتَعَلَّقُ بِعَيْنِهِ ، فَاعْتُبِرَ الْمَوْضِعُ الَّذِي هُوَ فِيهِ كَالْمَالِ فِي سَائِرِ الزَّكَوَاتِ ) .

    Maksudnya : Kewajipan zakat fitrah ialah di mana tempat harta dan dirinya berada manakala jika hartanya berada di negeri lain, sedangkan ia berada di negeri lain maka ia ada dua pandangan :
    Pertamanya : Negeri tempat di mana hartanya berada.
    Keduanya: Di negeri dirinya berada kerana zakat fitrah dikira ke atas dirinya.Pendapat paling sohih daripada kedua-dua pandangan ini ialah di negeri tempat di mana dirinya berada.

    Ibn Qudamah dalam kitabnya, al-Mughni juga ada mengatakan :

    فأما زكاة الفطر فإنه يفرّقها في البلد الذي وجبتْ عليه فيه سواء كان ماله فيه أو لم يكن..

    Maksudnya : Adapun zakat fitrah, ia dikeluarkan di negeri ia berada, samada hartanya berada di situ atau tidak.

    Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan:

    فيخرج المسلم زكاة فطره في البلد الذي يدركه فيه أول ليلة من شوال (ليلة العيد) ؛ لأن هذه الزكاة ليس سببها الصيام وإنما سببها الفطر ولهذا أضيفت إليه وسميت زكاة الفطر

    Maksudnya: Setiap muslim perlu mengeluarkan zakat fitrah di negeri yang dia berada pada malam malam raya. Ini kerana, sebab zakat fitrah ini menjadi wajib, bukannya disebabkan puasa akan tetapi ia disebabkan fitrah (diri) oleh itu ia dinamakan zakat fitrah.

    Kesimpulannya jika kita bercadang untuk berhari raya di negeri tempat kita bekerja di mana sebelum atau semasa terbenamnya matahari (malam raya) itu kita di jangka berada di situ maka kita hendaklah membayar zakat fitrah di tempat kerja, akan tetapi jika kita hendak beraya di kampung, maka kita hendaklah membayar zakat fitrah di kampung (di mana kita berada ketika itu).

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING