More
    HomeIbadahLarangan Amil Mengambil Baki Lebihan Dari Pembayar Zakat

    Larangan Amil Mengambil Baki Lebihan Dari Pembayar Zakat

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Bolehkah seorang amil mengambil baki lebihan dari pembayar zakat?

    Jawapan :

    Dalam kesibukan baki Ramadhan yang tinggal, maka ada sesetengah dari kita sudah mulai membayar zakat kepada petugas masjid. Perlu diingatkan bahawa dalam menjalankan tugas  sebagai amil, adakalanya pembayar zakat membayar lebih dan tidak mahu mengambil baki lebihan  wang tersebut (keep the change).

    Adalah dinasihatkan agar petugas masjid menyediakan satu tabung untuk meletakkan baki lebihan zakat ke dalam tabung tersebut.

    Sebenarnya terdapat satu hadis berkenaan larangan terhadap amil zakat untuk mengambil baki lebihan sesuatu pembayaran zakat.

    Dalam hal ini Imam Bukhari meriwayatkan bahawa:

    اسْتَعْمَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم رَجُلاً مِنْ بَنِي أَسَدٍ يُقَالُ لَهُ ابْنُ الأُتَبِيَّةِ عَلَى صَدَقَةٍ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي‏.‏ فَقَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى الْمِنْبَرِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ مَا بَالُ الْعَامِلِ نَبْعَثُهُ، فَيَأْتِي يَقُولُ هَذَا لَكَ وَهَذَا لِي‏.‏ فَهَلاَّ جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَيَنْظُرُ أَيُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يَأْتِي بِشَىْءٍ إِلاَّ جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى رَقَبَتِهِ، إِنْ كَانَ بَعِيرًا لَهُ رُغَاءٌ، أَوْ بَقَرَةً لَهَا خُوَارٌ، أَوْ شَاةً تَيْعَرُ

    Maksudnya: Nabi SAW mengutus seorang lelaki dari Bani Asad yang bernama Ibnu Lutbiah sebagai pemungut zakat. Ketika kembali dari tugasnya, dia berkata: “Ini untuk kalian sebagai zakat dan ini pula bahagian untukku”. Maka Baginda pun berdiri di atas mimbar dan memuji Allah dan bersabda: “Cubalah dia duduk saja di rumah ayahnya atau ibunya, dan menunggu adakah akan ada yang memberikan kepadanya hadiah? Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak seorang pun yang mengambil sesuatu dari zakat ini (secara tidak sah), kecuali dia akan datang pada hari kiamat dengan dipikulkan di atas lehernya berupa unta yang berteriak, atau lembu yang mengeboh atau kambing yang mengembik”

    (Riwayat al-Bukhari 7174)

    Bedasarkan hadis ini, seorang amil dilarang untuk mengambil lebihan baki zakat dari mana-mana  pembayar zakat. Ia juga menunjukkan larangan kepada kita daripada menggunakan jawatan atau nama yang kita ada untuk menerima sesuatu hadiah atau lebihan zakat. Ini kerana tanpa jawatan dan nama, sudah tentu tiada layanan istimewa daripada orang lain. Selain itu, perkara ini juga untuk mengelakkan terdorongnya kita daripada terjerumus ke kancah rasuah mengambil kaedah dalam Islam iaitu, sadd adz-dzari’ah (سد الذريعة), menutup pintu ke arah kemungkaran.

    Seorang amil hanya berhak untuk mengambil wang hanya dari pemerintah yang mengeluarkan arahan yang ditetapkan oleh syara’ dari sesuatu pemerintah.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING