Akhir-akhir ini bermacam ragam manusia dalam bernazar. Nazar tidak perlu ditunaikan pada perkara yang perkara yang berupa maksiat atau dosa, seperti bernazar meminum khamr (arak), berbogel, berjalan kaki atau apa-apa jua perkara yang dihukumkan haram, malah hukumnya akan menjadi haram jika dilaksanakannya.
Seseorang itu hanya boleh bernazar untuk melakukan sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT SAHAJA. Namun, jika dia bernazar pada perkara kemaksiatan, maka dia tidak perlu menunaikannya.
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith:
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ
“Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu”.
Hadith Riwayat al-Bukhari (6696)
Begitu juga si penazar tidak dikenakan kaffarah jika dia tidak menunaikannya.
Selain itu, nazar juga tidak berlaku pada perkara yang harus dan makruh. Bernazar pada perkara-perkara harus dan makruh, sama ada bernazar untuk melakukannya atau tidak melakukannya, hukumnya tidak sah dan tidak juga dikenakan kaffarah jika mengingkarinya kerana melakukan atau meninggalkan perkara mubah dan makruh tidak dikatakan sebagai taqarrub.
Dalam satu hadis nabi SAW bersabda:
“Tidak sah nazar kecuali bernazar pada perkara yang dapat memperolehi keredhaan Allah SWT”
(Riwayat Abu Daud)