More
    HomeTokohPernahkah Rasulullah SAW Membunuh Manusia?

    Pernahkah Rasulullah SAW Membunuh Manusia?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat berani dan pernah terlibat dalam beberapa siri peperangan. Pernah ditanya kepada Baginda SAW mengenai jumlah peperangan yang Baginda pernah sertai.

    كَمْ غَزَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْ غَزْوَةٍ قَالَ تِسْعَ عَشْرَةَ

    “Berapa banyak peperangan yang Nabi SAW sertai, lalu Baginda menjawab sebanyak 19 kali”.

    (Riwayat Bukhari)

    Persoalannya kenapa hanya seorang?

    Diriwayatkan dalam satu hadis dari Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

    اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى رَجُلٍ يَقْتُلُهُ رَسُولُ اللَّهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

    “Allah sangat murka kepada seseorang yang dibunuh oleh Rasulullah di jalan Allah”.

    (Riwayat Bukhari)

    Dalam hal ini Imam anNawawi mengatakan :

    قال النووي :
    قَوْله : ( فِي سَبِيل اللَّه ) اِحْتِرَاز مِمَّنْ يَقْتُلهُ فِي حَدّ أَوْ قِصَاص ; لأَنَّ مَنْ يَقْتُلهُ فِي سَبِيل اللَّه كَانَ قَاصِدًا قَتْل النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اهـ
    ولا يُعلم أن النبي صلى الله عليه وسلم قتل أحداً من المشركين بيده إلا أبي بن خلف .

    “Imam anNawawi rahimahullah berkata : “Perkataan ( فِي سَبِيل اللَّه ) “Di jalan Allah” mengeluarkan orang yang dibunuh kerana hukuman atau qisas.
    Ini kerana orang yang di bunuh di jalan Allah, bererti dia bermaksud membunuh Nabi SAW.”
    Tidak diketahui bahwa Nabi SAW membunuh salah seorang dari kalangan orang musyrik dengan tangannya kecuali Ubay bin Kholaf”.

    Kalau kita tengok dlm kitab Minhaju Sunnah dikatakan :

    وَالنَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ أَكْمَلَ النَّاسِ فِي هَذِهِ الشَّجَاعَةِ، الَّتِي هِيَ الْمَقْصُودَةُ فِي أَئِمَّةِ الْحَرْبِ، وَلَمْ يَقْتُلْ بِيَدِهِ إِلَّا أُبَيَّ بْنَ خَلَفٍ، قَتَلَهُ يَوْمَ أُحُدٍ، وَلَمْ يَقْتُلْ بِيَدِهِ أَحَدًا لَا قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا

    “Nabi SAW adalah orang yang paling sempurna dalam keberanian yang memang diperlukan oleh Ketua perang. Beliau tidak pernah membunuh dengan tangannya langsung kecuali Ubay bin Kholaf. Beliau membunuhnya pada peperangan Uhud dan beliau tidak pernah membunuh seorangpun dengan tangannya sebelum peritiwa itu dan tidak pula sesudahnya.

    (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah vol 8 hlm 78)

    Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :

    “Siapa yang menjaga solat, maka Ia akan mendapatkan cahaya petunjuk, keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan. Kelak pada hari kiamat, ia akan dikumpulkan bersama Qarun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Kholaf.”

    (Riwayat Ahmad & al-Baihaqi)

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING