More
    HomeIbadahApakah Hukum Berpuasa Pada Hari Tasyriq?

    Apakah Hukum Berpuasa Pada Hari Tasyriq?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Ada sahabat tanya saya apakah hukum berpuasa pada hari Tasyriq?

    Berpuasa sunat adalah satu perkara yang baik di sisi agama walau bagaimana pun terdapat beberapa hari yang diharamkan puasa antaranya hadis Abu Said Al-Hudri radhiallahu anhu berkata:

    نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَالنَّحْرِ

    (رواه البخاري، رقم 1992، ومسلم، رقم 827)

    “Nabi SAW melarang berpuasa hari fitri dan nahr (adha).”

    (Riwayat Bukhari, no. 1992 dan Muslim, no. 827)

    Para ulama bersepakat (ijma) bahawa berpuasa pada keduanya (Idul fitri dan Idul adha) adalah haram sebagaimana diharamkan juga berpuasa pada hari-hari tasyriq iaitu tiga hari selepas Idul Adha (sebelas, dua belas dan tiga belas Zulhijjah), berdasarkan sabda Nabi SAW:

    أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر لله

    (رواه مسلم، رقم 1141)

    “Hari-hari tasyriq adalah hari makan, minum dan mengingat Allah.”

    (Riwayat Muslim, no. 1141)

    Diriwayatkan oleh Tirmizi, 2418 dari Abu Muroah, bahawa dia dan Abdullah bin Amr pergi kerumah Amr bin Ash. Kemudian dihidangkan makanan kepada keduanya. Maka beliau berkata, “Makanlah?” Dia berkata, “Saya sedang berpuasa.” Maka Amr mengatakan, “Makanlah, hari-hari ini dahulu Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk berbuka dan melarang berpuasa.” Imam Malik mengatakan yang dimaksudkannya ialah “hari-hari tasyriq.”

    (Riwayat Abu Daud)

    Ulama juga berpendapat dibolehkan berpuasa bagi jemaah haji yang tidak mendapatkan hadyu.

    Dari Aisyah dan Ibnu Umar ra berkata:

    لم يرخص في أيام التشريق أن يصمن إلا لمن لم يجد الهدي

    (رواه البخاري، رقم 1998)

    “Tidak dirukhsahkan berpuasa pada hari Tasyrik kecuali bagi siapa yang tiada binatang hadyu “

    (Riwayat Bukhari, no. 1998)

    Imam Nawawi RA mengatakan, “Pendapat yang terkuat menurut ulama Syafi’iyah yang dipegang ialah pendapat Imam Syafi’i yang jadid (yang baru) iaitu tidak boleh berpuasa pada hari tasyrik baik untuk jemaah haji yang menjalankan manasik tamattu’ atau selain mereka.

    Namun pendapat yang kuat bahawa puasa bagi jemaah haji yang menjalankan tamattu’ dibolehkan dan dikatakan sah. (Al Majmu’, 6/313).

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING