More
    HomePelbagaiNisfu Syaaban & Lailatul Qadr adalah Malam Hari Raya Malaikat?

    Nisfu Syaaban & Lailatul Qadr adalah Malam Hari Raya Malaikat?

    Soalan : Adakah Malam Nisfu Sya’ban dan Malam Lailatul Qadr adalah Malam Hari Raya para Malaikat?

    Setakat ni saya tak jumpa lagi nas sama ada dari alQuran atau alHadis yang menceritakan sedemikian.

    Tapi ada beberapa kitab contohnya seperti kitab Fadlilah al-Muharram wa Rajab wa Sya’ban dan sebagainya menyebut bahawa :

    وقيل إن للملائكة في السماء ليلتي عيد، كما أن للمسلمين في الأرض يومي عيد، فعيد الملائكة ليلة البراءة وليلة القدر

    “Dan dikatakan para Malaikat di langit juga mempunyai hari raya sebagaimana orang muslimin di bumi menyambut Hari Raya. Maka hari raya para Malaikat ialah malam Nisfu Sya’ban dan malam Lailatu Qadr.”

    Pada pendapat saya hal ini tiada sandaran yang kukuh dan tidak berasas.

    Mungkin pengarang bermaksud Malaikat turun berserta rahmat pada malam malam tersebut. Kalau ada pun pemahaman konteks Raya tidaklah sama seperti Hari Raya kita.

    Kesimpulannya adakah malam raya Malaikat itu wujud tidaklah penting bagi kita. Yang pastinya ianya tiada sandaran kuat dan kita dituntut untuk diperbanyakkan ibadat pada malam-malam tersebut sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha, katanya:

    كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

    “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”

    (Riwayat Muslim: 2015)

    Andai ada yang jumpa jawapan persoalan ini saya alu-alukan untuk perbincangan.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING