More
    HomeIbadahKaifiat Atau Cara Solat Gerhana Bulan

    Kaifiat Atau Cara Solat Gerhana Bulan

    Ikuti kami untuk info terkini

    Pagi tadi saya tengok ada beberapa group whatsapp sedang membicarakan cara gerhana bulan. Alhamdlillah lah, mungkin musim PKP ni dan kebetulan hari cuti semuanya berada di rumah hanya berjumpa di alam maya sahaja.

    Sebenarnya perbahasan mengenai kaifiat atau cara solat gerhana bulan ni ada 3 cara semuanya.

    Pertama: Caranya seperti solat sunat yang lain, atau solat Jumaat iaitu solat seperti biasa tanpa ada pertambahan rukuk dan surah al fatihah. Dalilnya sebagaimana nabi bersabda secara umumnya:

    (إذا رَأَيْتُمْ شيئًا مِن ذلكَ، فافْزَعُوا إلى ذِكْرِهِ ودُعائِهِ واسْتِغْفارِهِ)

    “Maka jika kamu menyaksikannya, maka bersegeralah kamu berzikir, berdo’a dan berisighfar kepada Allah.”

    (Muttafaqun alaih)

    Kedua: Solat dua rakaat seperti biasa, cuma bezanya ditambah rukuk dan bacaan al Fatihah di setiap rakaat. Maka selepas habis membaca al Fatihah kita disuruh untuk membaca surah yang panjang seperti dalam satu hadis :

    عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

    “Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

    Ketiga : Solat seperti mana kaedah yang keduanya, iaitu penambahan rukuk dan surah al Fatihah, cuma bezanya ia boleh membaca mana mana surah yang mudah untuk dibaca. Maknanya walaupun kita membaca surah al Ikhlas hukumnya adalah sah.

    Kesimpulannya solat gerhana bulan ini sangat mudah untuk di buat dan rugilah kalau kita melepasi ibadat ini, ianya sah dibuat di rumah. Memandangkan kita disuruh untuk berada di rumah eloklah kita mengumpulkan ahli keluarga kita untuk sama-sama mengerjakannya bermula jam 7.12 malam sehingga 8.52 malam.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING