Panduan Solat Hari Raya musim COVID 19. (Bagaimana nak solat Hari Raya musim PKP).
Hukum Solat Sunat Raya adalah sunat muakkad, tapi masaalahnya bagaimana nak solat kalau tidak ke masjid?
Inilah soalan yang bermain di kepala ramai netizen.
Adakah disyaratkan berjemaah?
Solat Sunat Hari Raya adalah sunat dilakukan secara berjemaah, sama ada hendak solat di masjid, padang atau di rumah, (musim COVID ni memang kena solat di rumah) akan tetapi kalau hendak solat bersendirian ia tidak memerlukan khutbah.
Dalam hal ini Imam Al-Nawawi ada mengatakan:
وَإِذَا قُلْنَا بِالْمَذْهَبِ، فَصَلَّاهَا الْمُنْفَرِدُ، لَمْ يَخْطُبْ عَلَى الصَّحِيحِ
“Dan apabila kita berpegang dengan pendapat mazhab (bahawa dibolehkan untuk solat hari raya itu dilakukan secara seorang diri), maka seseorang yang melakukannya secara sendirian tidak perlu untuk berkhutbah mengikut pendapat yang sahih.”
(Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70)
Bilakah bermulanya waktu menunaikan solat hari raya?
Bermula solat Hari raya apabila terbitnya matahari pada hari raya, maknanya lebih kurang 30 minit selepas subuh habis dan berakhir kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu zuhur. (lihat feqh wadih).
Perlu diingatkan bahawa disunatkan melewatkan solat hari raya Idul Fitri dan bagi solat sunat Idul Adha disunatkan memperawalkannya.
Adakah disyariatkan azan untuk solat sunat hari raya?
Solat 2 hari raya ini tidak disunatkan azan dan iqamah. Dalilnya hadis dari Jabir bin Samurah yang mana Rasulullah SAW bersabda:
صليت مع النبي العيدين غير مرة ولا مرتين بغير أذان ولا إقامة
“Aku solat dua hari raya bersama Nabi SAW bukan sekali dan dua kali, tanpa di azan dan iqamah.”
Apakah hukum meninggalkan takbir di dalam solat sunat Hari Raya? (terlupa nak takbir)
Kebiasaannya yang lupa takbir tu pada rakaat kedua. Dalam hal ini Syeikh Muhammad al-Zuhaili berkata:
ولو نسي الإمام، أو المنفرد التكبيرات، وتذكرها قبل الركوع وقد شرع بالقراءة فاتت التكبيرات، ولا يتداركها، ولو ترك الإمام التكبيرات لم يأت بها المؤتم، لأن التكبيرات ليست فرضأ، ولا سنة بعض، ولكنها سنة هيئة كالتعوذ ودعاء الاستفتاح، فلا يسجد لتركها عمدا ولا سهوا، ولكن الترك لكلهن أو بعضهن مكروه، ولو صلی خلف من يكبر ستين أو ثلاث مثلا تابعه، ولم يزد عليها ندبا
“Sekiranya imam atau seseorang individu itu terlupa takbir-takbir, kemudian ingat semula sebelum ruku’, dan dia mula membaca surah maka takbir-takbir itu tidak dikira dan tidak perlu mengulanginya. Sekiranya imam meninggalkan takbir-takbir, maka makmum tidak perlu menambah, kerana takbir-takbir itu bukanlah fardhu, malah bukan sunat yang dituntut, tetapi hanyalah sekadar sunat hai’ah seperti membaca ta’awuz. ( al-Mu’tamad ).”
Jika seseorang terlupa bertakbir setelah membaca al Fatihah, ianya tidak disunatkan berpatah balik membacanya.
Dalam erti kata lain takbir itu gugur sunatnya setelah seseorang membaca surah al Fatihah.
Wallahu a’lam.