More
    HomeIbadahIsteri Membebel Terpaksa Masak Untuk Berbuka & Bersahur?

    Isteri Membebel Terpaksa Masak Untuk Berbuka & Bersahur?

    Di musim COVID ni ramai isteri yang ambil alih kerja masak-memasak. Kebiasaanya apabila tiba bulan Ramadhan, ramai yang memilih juadah makan “cap tunjuk” di Bazar Ramadhan.

    Salah satu amalan yang dituntut untuk kita buat di bulan Ramadhan ialah kita digalakkan memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa.

    Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

    مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

    “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

    (Riwayat Tirmizi)

    Persoalannya adakah seorang isteri yang menyediakan makanan untuk keluarganya termasuk dalam golongan ini?

    Sebenarnya pahala memberikan hidangan berbuka puasa tidak terbatas kepada orang yang memberikan makanan untuk berbuka di masjid atau mana-mana kenduri sahaja bahkan apabila seorang wanita menyediakan makanan berbuka dan bersahur untuk keluarganya juga akan mendapatkan pahala tersebut kerana tenaga dan keletihannya digunakan untuk menyediakan sahur dan berbuka.

    Diriwayatkan dari Uqbah bin Amir dari bahawa Nabi SAW bersabda:

    إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُدْخِلُ ثَلَاثَةَ نَفَرٍ الْجَنَّةَ بِالسَّهْمِ الْوَاحِدِ : صَانِعَهُ يَحْتَسِبُ فِي صُنْعِهِ الْخَيْرَ ، وَالرَّامِيَ بِهِ ، وَمُنَبِّلَهُ

    “Sungguh Allah SWT akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga dengan satu bahagian; pembuatnya yang mengharapkan dari pengeluarannya itu kebaikan, pemanahnya dan orang yang membantu pemanah tersebut”

    (Riwayat Tirmizi)

    Apa yang kita faham dari hadis ini, ia menjelaskan bahawa, seorang wanita akan mendapatkan pahala memberi makan orang berbuka puasa dengan menyediakan makanan dan suaminya juga akan mendapatkan pahala yang sama bahkan orang yang menghantarkan makanan kepada orang yang berpuasa (termasuklah runner atau grab) ia akan mendapatkan pahala tanpa mengurangi pahala salah satu dari mereka.

    Kesimpulan

    Sebenarnya pahala memberi makan ini bukan sahaja hanya terbatas kepada orang yang menyumbangkan wang, bahkan sebenarnya sesiapa sahaja yang memberi makan kepada orang berbuka puasa dengan apa sahaja makanan maka dia telah mendapat ganjaran pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa. Walaupun makanan itu hanya sebiji kurma ia tetap mendapat ganjaran di sisi Allah.

    Ada kalanya walaupun si suami tak lalu nak makan masakan isteri, disebabkan terlalu sedap (suami tu faham-fajam je lah) ia juga termasuk dalam golongan ini. (Biasanya yang jadi gini sebab isteri tak sempat nak habis kursus masak dulu, sebab tok guru pencen awal).

    Oleh itu, seorang isteri janganlah membebel atau mengungkit tidak dihargai bila suami atau anak-anak tak lalu nak makan. Bukannya dia tak hargai isterinya, tapi kalau masak sup letak kunyit itu memang bermasalah. Walaubagaimanapun in sha Allah ada ganjarannya.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING