More
    HomeIbadahHukum Mengeluarkan Zakat Kepada Anak

    Hukum Mengeluarkan Zakat Kepada Anak

    Ikuti kami untuk info terkini

    Dr Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya bahawa disyaratkan kepada sesiapa yang hendak memberi zakat, hendaklah mereka itu bukan daripada golongan yang di bawah tanggungan nafkahnya. Ini seperti wajib seseorang itu menanggung nafkah isterinya, usul dan furu’nya, maka tidak boleh ia memberi zakat kepada isterinya walaupun isterinya sorang yang fakir atau miskin. (al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/121)

    Begitu juga Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al Majmu’ mengatakan :

    ولا يجوز دفعها الي من تلزمه نفقته من الاقارب والزوجات من سهم الفقراء ، ولا يجوز أن يدفع إليه من سهم المؤلفة ان كان ممن يلزمه نفقته لأن نفعه يعود إليه

    “Tidak harus memberinya (zakat) kepada sesiapa yang perlu untuk dinafkahkannya daripada golongan keluarganya dan isteri-isterinya daripada bahagian orang-orang fakir dan tidak diharuskan memberi zakat kepadanya daripada bahagian golongan muallaf, sekiranya ia daripada golongan yang perlu dinafkahkannya. Ini kerana manfaatnya kembali kepadanya (pemberi zakat)” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/229)

    Secara umumnya seorang ayah tidak boleh mengeluarkan zakat semua di bawah tanggungannya sama ada ianya usul atau furuk.

    Timbul persoalan pula bagaimana hukum seorang Ibu yang hendak keluarkan zakat kepada anaknya yang susah?

    Imam Ibn Hajar al-A’sqalani menyebut hal yang sedemikian sekiranya dengan kewujudan bapa, maka nafkah tersebut adalah di atas tanggungan bapanya, maka zakat boleh diberikan kepada anaknya yang fakir atau miskin, kerana tidak wajib bagi ibu untuk menanggung nafkah anaknya.

    Berbeza keadaan dengan ketiadaan bapa, maka nafkah anak ketika itu wajib ditanggung oleh ibunya dan tidak dibenarkan untuk memberi zakat kepada anaknya.

    نقل ابن المنذر وغيره الإجماع على أن الولد لا يُعطى من الزكاة الواجبة قال الحافظ: وفيه نظر، لأن الذي يمتنع إعطاؤه من الصدقة الواجبة مَنْ يلزم المعطي نفقته ، والأم لا يلزمها نفقة ولدها مع وجود الأب

    “Dinukilkan dari Ibnu Munzir dan selainnya, ijma’ (bersepakat) berkenaan anak tidak boleh diberikan zakat. Imam Ibn Hajar menyatakan ia perlu dilihat semula, kerana yang menghalang pemberian zakat (kepada anak) adalah kepada yang wajib memberi nafkah kepadanya, sedangkan ibu tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya dengan kewujudan bapa.” (Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, Bab Zakat, 3/330)

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING