More
    HomeIbadahHukum Membatalkan Puasa Dengan Cara Lain Bagi Helah Berjimak

    Hukum Membatalkan Puasa Dengan Cara Lain Bagi Helah Berjimak

    Ikuti kami untuk info terkini

    Hukum membatalkan puasa dengan cara lain bagi helah melakukan jimak di bulan Ramadhan. Berdasarkan permasalahan di atas para Fuqaha’ mazhab berbeza pendapat berkenaan hal ini. Imam al-Baijuri (Ulama’ Mazhab Syafie) di dalam Hasyiahnya menyatakan : “Dikecualikan (Kaffarah)  dengan melakukan Jimak apabila membatalkan puasanya dengan makan dan minum. Perlu diingatkan bahawa helah ini hanya menghilangkan kaffarahnya sahaja bukan menghilangkan dosanya.” (Hasyiah al-Baijuri 1/440).

    Manakala mengikut Mazhab lain seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad wajib dikenakan kaffarah sekiranya membatalkan puasa dengan makan kemudian melakukan jimak. Ini kerana kewajipan berpuasa tidak gugur ke atas dirinya oleh itu larangan melakukan jimak juga tidak gugur kerana berbuka puasa di atas sebab yang tidak disyariatkan. (al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah 1/509-511).

    Said Sabiq di dalam kitabnya menukilkan kata-kata Imam Zahabi, katanya “Sesungguhnya barang siapa yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah lebih buruk daripada perbuatan berzina dan meminum arak bahkan mereka ini diragukan keislamannya dan berkemungkinan kafir zindik”. (Fiqh al-Sunnah, 1/434).

    Oleh itu, bagi sesiapa yang melakukan perkara ini termasuklah helah yang dinyatakan itu WAJIB ke atas mereka bertaubat dengan sepenuh hati, meninggalkan dosa yang dilakukan itu serta berazam tidak mengulanginya kembali.

    Ini seperti yang disarankan al-Kalbiy:

    التَوْبَةُ النصوحُ الندمُ بالقَلْبِ، والاسْتِغْفَارُ بِالِسَانِ، والاقلاعُ بالبَدْنِ، والإِضْمَارُ عَلَى ألا يعودَ

    “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”

    (Tafsir al-Qurtubi, 18/198)

    Perlu diambil perhatian bahawa sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Siapakah kita sebagai seorang hamba sanggup membuat helah kepada tuhannya semata-mata hanya tidak mahu berpuasa 2 bulan berturut-turut.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING