More
    HomeIbadahBilakah Saat Makmum Perlu Berdiri Apabila Iqamat Dikumandangkan?

    Bilakah Saat Makmum Perlu Berdiri Apabila Iqamat Dikumandangkan?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Ulama rahimahullah khilaf/berbeza pendapat berkaitan dengan bilakah sepatutnya seseorang makmum perlu berdiri untuk solat dalam beberapa pendapat :

    Imam Nawawi telah menyebutkannya di dalam Al Majmu’ (3/233) dan hal itu sebagaimana berikut :

    Pertama

    القول الأول : يقوم إذا شرع المؤذن في الإقامة ، وبه قال عطاء والزهري

    Pendapat pertama daripada Atho Dan Zuhri: Makmum berdiri pada saat muazzin mulai mengumandangkan iqamah.

    Kedua

    القول الثاني : يقوم إذا قال : حي على الصلاة , وبه قال أبو حنيفة

    Pendapat kedua daripada Imam Abu Hanifah : Makmum berdiri pada saat mendengar “Hayya ‘Alas Shalah”.

    Ketiga

    القول الثالث : يقوم إذا فرغ المؤذن من الإقامة ، وبه قال الشافعي

    Pendapat ketiga daripada Imam Syafie : Makmum berdiri setelah muazzin selesai dari iqamah.

    Keempat

    القول الرابع : ليس للقيام وقت محدد ، بل يجوز للمصلي القيام في أول الإقامة ، أو أثناءها ، أو آخرها . وبه قال المالكية

    Pendapat keempat daripada Imam Malik : Berdirinya makmum tidak ada batasan waktunya, dibolehkan baginya untuk berdiri dari awal iqamah, tengah, atau diakhirnya.

    Kelima

    القول الخامس : يسن القيام عند قول المؤذن “قد قامت الصلاة” إن رأى المأموم الإمام ، فإن لم يره , فإنه يقوم عند رؤيته لإمامه ، وبه قال الإمام أحمد

    Akhir sekali pendapat kelima daripada Imam Ahmad : Makmum disunnahkan berdiri pada saat muazzin mengucapkan “Qad qamat as solah”, jika makmum telah melihat imam datang. Jika ia belum melihatnya, maka ia boleh berdiri pada saat melihat imam sudah datang.

    Kesimpulan : Sebenarnya selepas diperhatikan, tiada dalil yang jelas dari sunnah yang menunjukkan atau menyokong dari semua pendapat di atas. Semuanya itu merupakan hasil ijtihad para imam yang menilai serta meletakkan kaedah yg terbaik.

    Apa yang kita dapat katakan bahawa seorang makmum itu boleh berdiri pada bila-bila masa saja baik di awal iqamah, di tengah atau akhirnya.

    Akan tetapi dalam sunnah telah menunjukkan bahawa seorang muazzin, jika telah mengumandangkan iqamah, sedangkan imam belum masuk masjid, maka para makmum tidak perlu berdiri sebelum melihatnya.

    Dalam hal ini juga Abu Qatadah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda:

    إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي . رواه البخاري (637) ومسلم (604)
    وفي رواية لمسلم : حَتَّى تَرَوْنِي قَدْ خَرَجْتُ

    “Jika dikumandangkan iqamah semasa hendak solat, maka janganlah kamu berdiri sampai kamu melihatku”. (Bukhari: 637 dan Muslim: 604 dan di dalam riwayat Muslim: “Sampai kamu melihat aku telah keluar”)

    Ibnu Rusydi Al Maliki berkata:

    فإن صح هذا ـ أي حديث أبي قتادة المتقدم ـ وجب العمل به , وإلا فالمسألة باقية على أصلها المعفو عنه , أعني أنه ليس فيها شرع , وأنه متى قام كل واحد , فحسن” انتهى من “الموسوعة الفقهية” (34/112) .

    “Jika hadis Abu Qatadah di atas ini soheh – maka ianya wajib diamalkan, dan jika tidak maka masalah ini kembali pada asalnya iaitu termasuk yang dimaafkan, maksudnya tidak ada arahan/tuntutannya. Adalah lebih baik jika semua org berdiri”. (Al Mausu’ah Al Fiqhiyyah: 34/112)

    Syeikh Muhammad bin Utsaimin –rahimahullah- pernah ditanya : “Apakah ada terdapat di dalam sunnah waktu tertentu, makmum perlu berdiri untuk solat pada saat iqamah ?” Maka beliau menjawab:

    لم ترد السنة محددة لموضع القيام؛ إلا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (لا تقوموا حتى تروني) فمتى قام الإنسان في أول الإقامة، أو في أثنائها، أو عند انتهائها فكل ذلك جائز” انتهى.

    “Tidak ada satu sunnah pun yang menjelaskan bilakah waktu berdirinya makmum, yang ada hanya sabda Nabi SAW : (لا تقوموا حتى تروني – “Janganlah kamu berdiri sehingga kamu melihatku”) Maka seseorang makmum boleh berdiri pada bila bila masa sahaja sama ada diawal iqamah, tengah atau diakhirnya”. (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin: 8/13

    Wallahua’lam

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING