More
    HomeAkhlakJauhi Qasidah Yang Tidak Benar Atau Mendustakan Nabi SAW

    Jauhi Qasidah Yang Tidak Benar Atau Mendustakan Nabi SAW

    Ikuti kami untuk info terkini

    Qasidah ertinya memuji pada Nabi SAW dalam meluahkan kasihnya seseorang ummat terhadap Nabi SAW.

    Diriwayatkan Aisyah RA, Nabi SAW meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk bermegah-megah (memuji-muji) baginda SAW sehingga Rasulullah SAW bersabda

    “Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs (Jibril) selama mana dia menyebarkan atau bermegah-megah (memuji-muji) Baginda SAW.”

    Adapun jika sesuatu syair, qasidah, lagu, nasyid dan sewaktu dengannya itu benar apa yang disifatkan kepada Nabi SAW dengan puji-pujian serta nasihat yang penuh kesedaran, maka ia adalah amat baik dan sesuai untuk didendangkannya.

    Sebenarnya qasidah yang baik menjadi salah satu dari seni untuk terapi ketenangan dan juga boleh mendatangkan keinsafan kepada pendengar. Oleh itu, ia adalah baik jika senikatanya baik dan juga sejuzuk daripada tanda cinta kepada Rasulullah SAW.

    Berkenaan dengan nyanyian pula, Abu Bakar Ibnu al-Arabi setelah membawakan hadis-hadis yang digunakan untuk mengharamkan nyanyian mengatakan tidak ada satu pun dalil yang sohih untuk mengharamkan nyanyian kerana perawi-perawinya yang tidak tsiqah. Yang lebih sahih ialah riwayat-riwayat tersebut adalah batil. (Rujuk Ahkam al-Qur’an, 3/526)

    Terdapat juga riwayat oleh Imam al-Muzani yang menyatakan bahawa pada suatu hari beliau berjalan bersama Imam al-Syafi’e dan menemui seorang hamba wanita sedang menyanyi dan beliau tidak mengingkarinya, bahkan mendengarnya. (Rujuk Tobaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, 2/77)

    Imam Qalyubi pula, meskipun mengharamkan nyanyian selain pada hari perayaan, beliau mengharuskan nyanyian dalam keadaan sakit dengan niat untuk menyembuhkan sakit, dengan syarat ia diakui oleh doktor yang ‘adil. (Rujuk Hasyiyah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/321).

    Walaupun begitu, hendaklah dijauhi bentuk qasidah yang tidak benar atau mendustakan kepada Nabi SAW.

    Ada juga puak yang melampau contohnya puak yang menyamakan Nabi SAW dengan Tuhan. Hal ini sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

    لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ , إِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ , فَقُولُوا : عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

    Maksudnya: “Jangan kamu melampau ke atasku sebagaimana melampaunya golongan Nasara terhadap anak Maryam (Nabi Allah Isa AS). Sesungguhnya aku hanya hamba Allah. Maka katakanlah: Hamba Allah dan RasulNya.”

    Riwayat al-Bukhari.

    Keduanya elakkan memainkan alat muzik di dalam masjid.

    Kalau kita perhatikan terdapat beberapa fatwa negeri yang melarang menggunakan alat muzik di dalam masjid. Antaranya fatwa negeri Melaka yang mengatakan :

    Fatwa Larangan Berzikir, Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid.
    Ibadah. Tarikh Keputusan: 29 Dis 2010.

    Keputusan:

    1. Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;
    2. Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan Syariat dan akhlak Islam.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING