More
    HomeAkhlakRasulullah Tidak Mendoakan Orang Yang Tidak Mengucap Hamdalah Ketika Bersin

    Rasulullah Tidak Mendoakan Orang Yang Tidak Mengucap Hamdalah Ketika Bersin

    Ikuti kami untuk info terkini

    Anas bin Malik RA bercerita, suatu ketika ada dua orang bersin di hadapan Rasulullah SAW. Orang pertama bersin sambil mengucapkan hamdalah, sementara orang kedua bersin, tapi tidak mengucapkan hamdalah. Kemudian Rasulullah mendoakan orang pertama, namun Rasulullah tidak mendoakan orang kedua. Maka sahabat lain pun kehairanan dan bertanya.

    Lalu Rasulullah menjawab,

    “Adapun orang yang pertama mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sedangkan orang kedua tidak membacanya”.

    Bersyukurlah saat kita bersin, kerana bersin adalah salah satu bentuk kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Maka apabila bersin ucapkanlah hamdalah dan doa.

    Dalam hal ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

    إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏.‏ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

    Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut Alhamdulillah.Maka saudara atau sahabatnya akan menjawab yarhamkallah. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) Yarhamkallah maka hendaklah kembali kita menyebut Yahdikumullah wa Yuslih baalakum.

    Riwayat al-Bukhari

    Selain itu, diriwayatkan dan satu hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

    إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.

    Riwayat al-Bukhari

    Dalam erti kata yang lain Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana dengan bersin itu dapat mengeluarkan penyakit dari tubuh badannya.

    Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma. Fath al-Bari li Ibnu Hajar.

    Begitu juga, antara sunnah nabi, Baginda akan menutup muka dengan tangan atau kain serta mengalihkan muka ke arah lain atau makanan. Ini disebabkan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

    Dalam hal ini Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:

    أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ

    Maksudnya: Bahawasanya apabila Nabi SAW bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.

    Riwayat al-Tirmizi

    etika bersin

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    2 COMMENTS

    1. Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew
      of any widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
      I’ve been looking for a plug-in like this for quite some time
      and was hoping maybe you would have some experience with something like this.
      Please let me know if you run into anything. I truly
      enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING