More
    HomeHadisMata Dajjal Buta Sebelah Mana?

    Mata Dajjal Buta Sebelah Mana?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Antara sifat Dajjal matanya buta sebelah. Permasalahannya mata sebelah manakah yang buta? Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ذُكِرَ الدَّجَّالُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَى عَلَيْكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَأَشَارَ بِيَدِهِ إِلَى عَيْنِهِ وَإِنَّ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Allah sudah sangat jelas bagi kamu (tidak ada yang serupa denganNya) dan sesungguhnya Allah tidak buta sebelah mata, dan beliau menunjuk matanya. Ketahuilah, sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah kanan, matanya seperti buah anggur yang timbul”

    (Muttafaqun alaih)

    Manakala dalam riwayat yang lain daripada Huzaifah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى ، جُفَالُ الشَّعَرِ ، مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ ، فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

    Maksudnya: “Dajjal itu cacat matanya yang kiri, kerinting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya ialah syurga dan syurganya ialah neraka”

    (Riwayat Muslim)

    Kalau kita perhatikan ada dua hadis yang bertentangan menyifatkan mata dajjal. Ada riwayat yang mengatakan matanya sebelah kanan dan ada riwayat yang mengatakan di sebelah kiri.

    Ibnu Hajjar berpendapat bahawa hadis Ibnu Umar yang tercantum dalam sohih Bukhari dan sohih Muslim yang menyifatkan Dajjal buta matanya yang sebelah kanan adalah lebih kuat daripada riwayat Muslim yang mengatakan bahawa yang buta adalah matanya sebelah kiri. Ini disebabkan kerana hadis yang disepakati kesohihanya oleh Bukhari dan Muslim lebih kuat daripada yang lain (Fathul bari)

    Al-Qadhi ‘Iyadh berpendapat bahawa kedua belah mata Dajjal itu cacat kerana kedua riwayatnya adalah sohih. Yang satu tidak bercahaya (ath-thafi’ah, dengan memakai huruf hamzah) yakni buta, dan ini untuk mata yang sebelah kanan sebagaimana disebutkan dalam hadis Ibnu Umar.

    Dan matanya yang sebelah kiri ditumbuhi oleh daging pada sudutnya yang dapat menutupi sebagian atau seluruh kantanya (ath-thafiyah) dengan menggunakan huruf ya’), dan ini yang dimaksud dengan buta matanya sebelah kiri.

    Jadi kedua dua mata Dajjal itu cacat yang satu (sebelah matanya) tidak dapat melihat sama sekali dan satunya (sebelah lagi) cacat dengan ditumbuhi daging.

    Pendapat ini juga dikuatkan oleh Imam Nawawi dan Imam Al Qurthubi yang mengabungkan dua hadis bertentangan dalam satu makna. Untuk keterangan lanjut boleh ikuti buku terbaru saya yang bertajuk “Menelusuri fitan di akhir zaman”.

    Akhukum Fillah

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING