More
    HomeAkhlakHukum Memiliki Barang Jumpa Atau Tercicir

    Hukum Memiliki Barang Jumpa Atau Tercicir

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Saya ada jumpa sesuatu barang yang tercicir di satu tempat. Persoalannya dari sudut hukum apakah barang yang kita jumpa/tercicir itu halal untuk kita miliki?

    Sebenarnya mengikut kaedah agama kita, barangsiapa menemukan barang, maka wajib baginya untuk mengetahui jenis dan jumlahnya, kemudian mempersaksikan kepada orang yang adil, kemudian ia menyimpannya dan diumumkan selama setahun. Apabila pemiliknya memberitahukannya sesuai ciri-cirinya, maka ia wajib memberikan kepada orang tersebut walaupun setelah lewat setahun, jika tidak (ada yang mengakuinya), maka ia boleh memanfaatkannya.

    Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid bahawa Rasulullah saw bersabda:

    عن زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ الْجُهَنِيَّ،صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ اللُّقَطَةِ الذَّهَبِ أَوِ الْوَرِقِ فَقَالَ ‏”‏ اعْرِفْ وِكَاءَهَا وَعِفَاصَهَا ثُمَّ عَرِّفْهَا سَنَةً فَإِنْ لَمْ تَعْرِفْ فَاسْتَنْفِقْهَا وَلْتَكُنْ وَدِيعَةً عِنْدَكَ فَإِنْ جَاءَ طَالِبُهَا يَوْمًا مِنَ الدَّهْرِ فَأَدِّهَا إِلَيْهِ ‏”‏

    Maksudnya: Seseorang yang tidak dikenali bertanya berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak. Nabi SAW bersabda: “kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya”

    Riwayat Muslim

    Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda:

    لاَ يلْتَقطُ لُقَطَتَهُ إِلاَّ مَنْ عَرَّفَهَا متفق عليه

    Maksudnya: “Jangan diambil barang yang dijumpai kecuali untuk diumumkannya.”

    Imam annawawi mengatakan:

    قال النووي رحمه الله : ” وَفِي رِوَايَة : ( لَا تَحِلّ لُقَطَتهَا إِلَّا لِمُنْشِدٍ ) ، الْمُنْشِد : هُوَ الْمُعَرِّف , وَمَعْنَى الْحَدِيث لَا تَحِلّ لُقَطَتهَا لِمَنْ يُرِيد أَنْ يُعَرِّفهَا سَنَة ثُمَّ يَتَمَلَّكهَا كَمَا فِي بَاقِي الْبِلَاد , بَلْ لَا تَحِلّ إِلَّا لِمَنْ يُعَرِّفهَا أَبَدًا . وَلَا يَتَمَلَّكهَا ” انتهى .

    Maksudnya: Tidak dihalalkan barang jumpa kecuali untuk diumumkan. Yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Al-Munsyid’ ertinya orang yang mengumumkan.

    Bagaimana cara nak hebah?

    Syeikh Wahbah Zuhaili menulis di dalam kitabnya Fiqh Islami mengatakan:

    المناداة عليها، أو الإعلان عنها حيث وجدها، وفي المجتمعات العامة كالأسواق وأبواب المساجد، والمقاهي

    Maksudnya: Mengumumkan ke atasnya (harta Al-Luqatah) atau mengiklankannya di tempat yang dijumpai, dan di tempat pengumpulan masyarakat seperti pasar, pintu masjid dan kedai-kedai makan.

    (Al-Fiqh Al-Islam wa Adillatuhu: 6/4863).

    Kesimpulannya andai kita menjumpai sesuatu barang maka hendaklah kita berazam untuk memulangkan barang tersebut dan bukannya untuk dimiliki. Setelah kita mengambil barang jumpa tersebut (alluqatah) maka hendaklah kita menghebohkannya seperti yang telah dinyatakan di atas. Andai jika sesuatu barang itu adalah barang yang tidak bernilai maka kita boleh memilikinya tanpa menghebohkannya. Begitu juga sesuatu barang dalam bentuk makanan yang cepat rosak atau basi. Tapi kalau jumpa Musang King tak bolehlah nak makan sewenangnya.

    Dalam hal ini diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa :

    قَالَ رَخَّصَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْعَصَا وَالسَّوْطِ وَالْحَبْلِ وَأَشْبَاهِهِ يَلْتَقِطُهُ الرَّجُلُ يَنْتَفِعُ بِهِ

    Maksudnya: Rasullullah SAW memberikan kami rukhsah (kelonggaran) mengambil tongkat, cemeti, tali dan sejenis dengannya yang diambil oleh seseorang bertujuan untuk mengambil manfaat  dengannya.

    Riwayat Abu Daud

    Sekali lagi diingatkan bahawa andai sesuatu barang itu berharga tidak dituntut, di dalam Mazhab Syafie kita boleh menyimpan tanpa memilikinya. Harta itu sebaiknya diserahkan kepada pihak berautoriti bagi menjamin keselamatannya atau diserahkan kepada baitumal.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING