More
    HomeIbadahApakah Hukum Solat Di Atas Kenderaan?

    Apakah Hukum Solat Di Atas Kenderaan?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Ramai di antara kita yang masih keliru atau kurang jelas mengenai cara-cara melaksanakan solat dalam keadaan atau situasi tertentu. Contohnya antara isu yang diviralkan ialah ramai yang solat di tepi jalan atau di lorong kecemasan.

    Begitu juga bagi masyarakat yang bekerja di kawasan bandar raya dan sering berdepan dengan kesesakan jalan raya yang teruk terutamanya pada waktu puncak iaitu ketika dalam perjalaan pulang ke rumah.

    Atau dalam situasi bagi orang yang turun ke laut untuk menangkap ikan sama ada ianya bertujuan hiburan atau mencari rezeki.

    Antara persoalan yang sering bermain di fikiran kita pastinya berkaitan bolehkah seseorang itu melakukan solat fardhu di dalam kereta kerana bimbang tidak sempat sampai ke rumah untuk menunaikan kewajipan itu?

    Maka pada asalnya, solat fardhu wajib dibuat di darat dan tidak boleh ditunaikan di atas kenderaan. Ini berbeza dengan solat sunat kerana ia boleh dikerjakan di atas kenderaan jika sedang bermusafir kerana banyak dalil yang menunjukkan keharusannnya.

    Di dalam beberapa hadis Imam An Nawawi dalam Syarah soheh Muslim ada menghuraikan beberapa hadis berkenaan solat sunat di atas kenderaan (binatang tunggangan) antaranya hadis:

    إن رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كان يوترُ على البعيرِ

    Maksudnya: Rasulullah SAW biasanya solat witir di atas unta.

    Dalam hadis yang lain pula ‘Amir bin Rabi’ah berkata:

    رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الرَّاحِلَةِ يُسَبِّحُ يُومِئُ بِرَأْسِهِ قِبَلَ أَيِّ وَجْهٍ تَوَجَّهَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ فِي الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ

    Maksudnya: Aku pernah melihat Rasulullah saw dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardhu.

    Riwayat al-Bukhari

    Bagaimana pula hukum solat fardhu di atas kapal terbang atau keretapi?

    Dalam hal ini ulama menyebutkan ada beberapa situasi yang membolehkan seseorang itu solat di atas kenderaan. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan pengikutnya.

    Di antara uzur yang membolehkan kita solat di atas kenderaan ialah antaranya jika kita bimbang luput atau habisnya waktu solat sedangkan tiada tempat untuk kita berhenti disebabkan kesesakan lalu lintas.

    Begitu juga apabila kita berada di atas kapal terbang, keretapi atau bot nelayan. Solat di kenderaan seperti kapal terbang, bot nelayan atau keretapi tidak memungkinkan kita berhenti mendarat atau tidak cukup syarat 2 marhalah untuk syarat jamak adalah diharuskan. Hal ini berdasarkan dari firman Allah :

    فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

    Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.”

    Kesimpulan adalah perlu untuk semua umat Islam mencari tempat yang lebih selesa untuk menunaikan solat. Solat sunat dibenarkan untuk kita tunaikannya dalam mana-mana kenderaan manakala solat fardhu adalah sama sekali tidak dibenar mengerjakannya di atas kenderaan tanpa sebarang keuzuran.

    Selagi mana kita boleh ada ruang untuk keluar dari kenderaan cubalah berbuat demikian.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING