More
    HomeTaharahApakah Hukum Darah Yang Ada Pada Daging Dan Urat?

    Apakah Hukum Darah Yang Ada Pada Daging Dan Urat?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Kebiasaannya bila kita bakar daging, ada yang suka makan separuh masak. Permasalahan yang timbul adakah dibolehkan makan daging yang separuh masak jelas adanya darah?

    Sebenarnya perlu kita ketahui bahawa darah yang diharamkan islam ialah darah masfuh (الدم المسفوح). Yang dimaksudkan dengan darah masfuh ialah darah memancar yang keluar dari haiwan ketika disembelih dan hukumnya adalah najis berdasarkan ijmak para ulama.

    Adapun darah yang berada di pada daging atau yang tersisa di urat nadinya, tidak dikatakan sebagai ‘damul masfuh’ darah yang mengalir.

    Di dalam alQuran Allah befirman Allah SWT:

    قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

    Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

    (Surah al-An’am: 145)

    Di dalam mazhab Syafie sendiri hukum-hukum darah yang berbaki pada daging ada yang mengatakan ianya suci dan ada pendapat yang mengatakan ianya najis tapi dimaafkan.

    Dalam hal ini Imam Thobari rahimahullah berkata:

    ” وفي اشتراطه جل ثناؤه في الدم عند إعلامه عبادَه تحريمه إياه، المسفوحَ منه دون غيره، الدليلُ الواضح أنَّ ما لم يكن منه مسفوحًا، فحلال غير نجس .. “ثم روى عن عكرمة قوله : ” لولا هذه الآية لتتبَّع المسلمون من العروق ما تتبعتِ اليهود “

    Maksudnya: “Syarat yang Allah tetapkan kepada hambaNya berkenaan tentang najis darah adalah bahawa apabila dia memancut (ketika disembelih), menjadi dalil yang jelas bahawa jika darah tersebut tidak memancar, bererti dia halal dan tidak dikategorikan sebagai najis.” Kemudian beliau meriwayatkan ucapan Ikrimah, “Kalaulah bukan kerana ayat ini, kaum muslimin akan mencari-cari darah di urat-urat sebagaimana halnya orang-orang Yahudi.”

    Begitu juga alMardawi mengatakan :

    ” دم عروق المأكول : طاهر على الصحيح من المذهب ، ولو ظهرت حمرته . نص عليه ، وهو الصحيح من المذهب .. ؛ لأن العروق لا تنفك عنه ، فيسقط حكمه ، لأنه ضرورة

    Maksudnya: “Darah yang terdapat di urat dari sembelihan yang halal dimakan adalah suci berdasarkan pendapat yang soheh dalam mazhab kami, walaupun jelas nampak kemerahannya /darah. Inilah pendapat yang benar dalam mazhab kami, kerana darah seperti ini tidak dapat terpisah darinya, maka hukum (najis)nya gugur, kerana darurat..”

    Al-Qadhi juga berkata:

    فأما الدم الذي يبقى في خلل اللحم بعد الذبح ، وما يبقى في العروق : فمباح .. وقال الشيخ تقي الدين فيه : لا أعلم خلافا في العفو عنه ، وأنه لا ينجس المرق ، بل يؤكل معها ” انتهى من “الإنصاف” ، للمرداوي ، باختصار (1/309

    Maksudnya: “Adapun darah yang masih tersisa pada daging sembelihan dan diurat-uratnya, hukumnya harus. Syekh Taqiyudin berkata dalam hal ini, “Saya tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat/khilaf bahawa darah seperti ini dimaafkan dan tidak menjadi najis, bahkan ianya boleh dimakan bersamanya.”

    (Al-Inshaf, Al-Mardawi 1/309)

    Kesimpulannya: Darah yang berbaki pada daging adalah dimaafkan, sehingga ada pendapat yang mengatakan ianya suci. Adapun jika darah tersebut keluar atau memancut saat disembelih atau  ketika dia masih hidup, maka hukumnya adalah najis. Bukan itu sahaja bahkan kalau mengikut pendapat Taqiyuddin Abu al Abbas Ibnu Abd al-Halim didalam kitab majmuk fatawanya mengatakan:

    فما زال الصحابة رضوان الله عليهم على عهد النبي صلى الله عليه وسلم يأخذون اللحم فيطبخونه ويأكلونه بغير غسل

    Maksudnya: Para Sahabat RA di zaman Rasulullah SAW mengambil daging dan memasak tanpa membasuhnya.

    Akhir kali selamat menikmati daging korban yang akan dihidangkan pada Hari Raya Aidul Adha nanti.

    Ustaz Nik Nizam Nasir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING