Panjang sangat perbahasan bab mengabungkan dua ibadat dalam satu niat. Cuma apa yang dapat disimpulkan seperti mana kata mantan Mufti Wilayah Dato Seri Dr Zul alBakri :
Dalam masalah gabungkan antara puasa 6 dan qadha, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:
PERTAMA: HUKUMNYA ADALAH SAH
Maknanya boleh kita gabung niat antara puasa qada’ dan sunat. Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin. Antaranya :
- Imam Ibn Hajar al-Haitami
- Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
- Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
- Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
KEDUA: TIDAK SAH
Maknanya tidak sah menggabungkan antara sunat dan wajib/qadha. Pendapat ini daripada :
- Imam al-Asnawi
- Syeikh Ibn al-Solah
- Abu Makhramah
- Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik/menggabungkan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Kesimpulan
Jika diteliti kedua-dua pendapat ini mempunyai dalil dan alasan yang kukuh. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah kita keluar dari khilaf iaitu memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal.