Soalan : Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya selain solat gerhana, apakah amalan lain yang disunatkan semasa berlaku gerhana matahari atau bulan?
Jawapan :
Waalaikumussalam wbt,
Amalan lain sewaktu gerhana ialah :
- Melakukan dua kali khutbah selepas melaksanakan solat sunat gerhana
- Memperbanyakkan doa kepada Allah memohon keselamatan dan menolak bala bencana
- Beristighfar
- Bersedekah
- Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana. Rasulullah SAW membantah kepercayaan ini sewaktu berlakunya gerhana berbetulan dengan wafatnya putera Baginda SAW, Ibrahim :إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidaklah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya, jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, laksanakanlah solat dan bersedekahlah” [HR Imam al-Bukhari (1044)]
Wallahua`lam.