More
    HomePelbagaiDoa Akhir Dan Awal Tahun Itu Bidaah?

    Doa Akhir Dan Awal Tahun Itu Bidaah?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Sememangnya kita ketahui bahawa doa akhir dan awal tahun tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kerana pada zaman Rasulullah tahun Hijrah belum lagi wujud. Tahun Hijrah telah diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab RA pada tahun 17 Hijrah. Justeru, mana mungkin Rasulullah SAW membaca doa akhir dan awal tahun. Akan tetapi sesuatu yang perlu difahami bahawa bukan semua amalan yang nabi tak buat kita tak boleh buat.

    Ini kerana doa merupakan amalan yang digalakkan tanpa dikhususkan atau dikaitkan dengan waktu tertentu. Contohnya nabi SAW tidak menghadkan doa hanya boleh dibaca pada hari-hari tertentu sahaja. Manakala pada hari yang lain tidak dibenarkan. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

    “berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankannya”

    Dalam hadis juga disebut bahawa doa itu asas ibadah (hadis riwayat al-Tirmidhi). Oleh itu apa salahnya kalau memulakan tahun baru dengan berdoa kepada Allah?

    Cuma yang perlu diberi kefahaman ialah jangan menyandarkan perbuatan ini kepada Rasulullah SAW dan jangan meriwayatkan hadis palsu berkenaan doa awal tahun iaitu: Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.

    Kesimpulannya ialah doa boleh diamalkan pada bila-bila masa sama ada pada awal tahun, pertengahan tahun mahu pun hujung tahun. Jadi, doa awal dan akhir tahun tidak termasuk dalam perkara bid’ah yang menyebabkan pembacanya masuk neraka! Cuma apa yang perlu diperbetulkan dan diberi kefahaman ialah jangan menyandarkan perbuatan tersebut pada nabi dan jangan mewar-warkan hadis palsu yang berkaitan dengan fadhilat doa tersebut.

    Wallahu’alam.

    Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman 

    1 COMMENT

    1. […] Sempena dengan kedatangan Tahun Baharu Islam ni, kami kongsikan bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk panduan semua. Cumanya kena ingat satu je la, jangan sandarkan amalan ni kepada Nabi SAW. Sebabnya zaman Nabi, Baginda tak pernah pun buat amalan ni. Boleh baca lebih lanjut dalam “Doa Akhir Dan Awal Tahun Itu Bidaah?” di Portal usrahnurani.com. […]

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING