More
    HomeIbadahMenyangka Fajar Belum Terbit Atau Maghrib Sudah Masuk?

    Menyangka Fajar Belum Terbit Atau Maghrib Sudah Masuk?

    Ikuti kami untuk info terkini

    Soalan : Bagaimana sekiranya seseorang itu menyangka fajar belum terbit (semasa bersahur) atau maghrib sudah masuk (semasa berbuka)?

    JAWAPAN

    Jika sekiranya seseorang menyangkakan fajar belum terbit lagi dengan makan atau minum, sedangkan ternyata sangkaannya itu salah, maka batallah puasanya. Walaupun begitu, hendaklah ia meneruskan imsak sepanjang hari tersebut kerana menghormati Ramadhan.

    Ibn Qudamah menyebut di dalam kitabnya al-Mughni : “Bahawa sesiapa yang makan disangka fajar masih lagi belum terbit, tetapi sebenarnya sudah terbit atau berbuka dengan sangkaan matahari sudah terbenam, sedangkan belum lagi, maka puasanya batal dan hendaklah diqhada’. Ini pendapat kebanyakan ahli ilmu“. Pendapat ini amat kuat kerana yakin tidak boleh ditolak dengan syak.

    Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    TRENDING