Soalan : Adakah boleh seseorang wanita mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh di bulan Ramadhan?
JAWAPAN
Mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh pada bulan Ramadhan adalah dibolehkan, tetapi afdhal jangan mengambilnya dan kekal mengikut takdir Allah kepada wanita. Inilah pendapat Syeikh Uthaimin. Pendapat ini juga sama seperti Dr. Yusuf al-Qardhawi yang berkata : “Pada pendapat saya, sebaik-baiknya wanita itu mengikut sifat kejadian semula jadinya. Haid adalah sesuatu yang tabi’ie dan tidak dapat dielakkan. Ia datang daripada Allah. Sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadan, hukumnya tidak mengapa, dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat orang-orang alim dan pakar, atau nasihat doktor mengenai ubat itu. Menelan pil tersebut akan membolehkannya berpuasa genap sebulan pada bulan puasa dan akan diterima Allah, insya-Allah“.
Saya berpendapat kita mengikut sunnatullah dengan tidak mengambil pil adalah lebih baik.