Soalan : Apakah hukum bersiwak pada siang hari Ramadan?
JAWAPAN
Hukum bersiwak atau menggosok gigi selepas gelincir matahari adalah khilaf. Sebahagian memakruhkannya dan sebahagian yang lain mengharuskannya. Pendapat yang sahih dan rajih adalah harus. Dalil tidaklah menetapkan waktu. Ini kerana bau mulut yang melampau juga tidak disenangi oleh rakan-rakan yang berhampiran.