Soalan : Apa hukum seorang imam baca secara jahar (kuat) di dalam solat zohor atau asar?
Jawapan :
Solatnya adalah sah tetapi makruh. Solat secara jahar (nyata dan kuat) di dalam solat subuh, maghrib, isyak, jumaat, 2 hari raya, terawih dan sebagainya adalah sunat sahaja.
قال ابن قدامة في المغني: والأصل فيه فعل النبي صلى الله عليه وسلم، وقد ثبت ذلك بنقل الخلف عن السلف، فإن جهر في موضع الإسرار أو أسرَّ في موضع الجهر ترك السنة وصحت صلاته.
Bagaimana pula dengan solat-solat malam? Adakah sunat jahar atau siir? Maksudnya dibaca secara perlahan atau nyata/kuat? Jawapannya terpulang pada tuan yang punya tubuh. Yang tak bolehnya tak buat terus. Hahahahha…
Berdasarkan satu hadis :
عن عائشة رضي الله عنها، أنها سُئِلتْ: هل كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرفع صوته من الليل إذا قرأ؟ قالت: نعم، ربما رفع، وربما خفض. رواه أحمد وغيره بإسناد صحيح.
Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa makmum tidak disuruh/disyara’kan untuk membaca kuat di dalam semua solat jemaahnya tanpa khilaf.
Bagaimana pula dengan solat-solat yang kapit semua solat fardhu? Maksudnya solat qabliah dan ba’diah? Adakah disunatkan secara perlahan atau kuat?
وقال النووي في المجموع: وأما السنن الراتبة مع الفرائض فيسرّ بها كلها باتفاق أصحابنا
Imam An-Nawawi mengatakan semua solat sunat kapit fardhu hendaklah dibaca secara perlahan.